Friday 4 October 2013

Hujan

Kalaulah ku mampu tangkap hujan,
akan ku kirimkan ia sebuah salam,
agar disampaikan pada setiap lorong jalan,
yang setia dibasahinya dengan tulus dan damai.

Kalaulah ku mampu tangkap hujan,
aku mahu dia sampaikan berita,
dari jendela orang yang jiwanya kesunyian,
bahawa mereka bukan keseorangan.

Kalaulah ku mampu tangkap hujan,
akan ku peluk ia dengan dingin tubuhku,
tanda terima kasih jadi peneman,
mengisi luruh hati dengan musiknya yang indah.

Kalaulah ku mampu tangkap hujan,
akan ku kurung dia dalam balang kaca,
melihat imbasan kenagan yang ia simpan,
tak bisa aku lepaskan.

2 comments:

oneheartyheart said...

"Kalaulah ku mampu tangkap hujan,
aku mahu dia sampaikan berita,
dari jendela orang yang jiwanya kesunyian,
bahawa mereka bukan keseorangan."

This is beautiful. :')

Ahmad Arba'in Ali said...

Terima kasih. Lama x dgr crita..