Thursday 19 September 2013

Hakikat Seksi Orang Johor

Seksi orang Johor,
dalam sukma aku rindu.

Menjadi salah satu,
berdiri seperti itu,
melihat identikit,
andai aku mampu ketawa dan berkata,
"aku orang Johor".

Seksi orang Johor aku mahu.

Dalam senyum aku fikirkan,
Seksi orang Johor.

Jemari ini kupetik gitar,
tak sama haruslah tak sama,
jika aku orang Johor,
sumbangku itu seksi,
seseksi mu orang Johor.

Tubuh ini kutari-tarikan,
mana mungkin tak cakna beza,
langkah satu dan langkah dua,
sopak sana dan sopak sini,
kalau aku orang johor,
itu semua seksi.

Jika aku mampu menulis,
haruslah tak sama,
jika mampu aku kata,
"aku penulis Johor",
walau sampah yang engkau baca.
seksinya itu ada.

Aku hanya mampu mendamping,
merayap menginginkan sepertimu,
mengendeng bagai ulat bulu,
bodoh bagi kamu,
aku tak perduli,
orang Johor itu seksi.

Hei, kau yang disini!
tak perlu sengih-sengih itu,
aku tahu kau tak ngerti.