Friday, 29 November 2013

Kita Ini Insan Kelakar

Bayangkan kau sebagai sosok yang terkenal dan dikagumi ramai,
Bayangkan kau seorang terpelajar dengan sekurangnya pemegang sarjana,
Bayangkan kau sentiasa mempesona orang dengan tuturan kau yang merdu,
Bayangkan kau memandu kereta yang mampu kau bayar lebih RM600 sebulan,
Bayangkan kau bergaji tinggi sebagai golongan professional dalam masyarakat,
Bayangkan kau membesar dalam sebuah famili yang terampil dan murni,
Bayangkan kau bijak meramah dan tiada apa yang jelek tentang sifatmu,
Bayangkan kau bertubuh langsing, tegap, kurus  dan sasa,
Bayangkan kau berasa indah di hadapan cermin dan maunya tampil di hadapan orang,
Bayangkan kau cantik,
Bayangkan kau bijak,
Bayangkan kau kaya.

Bayangkan.

Mesti dia sukakan kau,
kan?

Kita ini insan-insan kelakar.

1 comment:

hanaahmad said...

kerana mereka itu terlahir 'buta'.