Wednesday, 8 April 2015

Lelaki Gila dan Kotak Visi

Kini kita merasa selamat
walau telanjang pada khalayak
dalam kotak visi, yang semakin nipis
hari demi hari.

Di dalam kamar kita sendiri
menyusup ke tiap ceruk
dunia tanpa kaki perlu melangkah 
ke sana, namun;
ia ternyata jauh lebih bahaya 
walau kita menutup tiap
inci aurah dalam tebal sutera.

Telanjang yang dulu
bukanlah telanjang yang sekarang.

Telanjang dulu kita dikecam 
satu negara bila kotak memancarkan nyawa 
dan suara.

Telanjang kini kotak jadi perisai,
pengacara jadi panglima
tapi komputer riba pula bagai bom jangka.

Kita dipapar seorang lelaki gila
dari dalam kotak di rancangan
bual bicara petang ini.
Meluat yang tersemat dikepal digenggaman cuma.
Carut dihambur tetapi lelaki di dalam kotak
kekal tenang dalam ketawa;
tak mungkin didengarnya.

Ibarat (sepakat membawa berkat?),
satu bangsa berpadu hati berkumpul
di laman rumah si lelaki gila,
"sendiri-sendiri tetapi semua-semua", 
dilempias segala dan lelaki gila yang tadi selamat
di dalam kotak visi; tersedar manusia
tak lagi gusar di mana untuk
melepaskan maki-maki.

4 comments:

Amak said...

bila nak update baruuu

Ahmad Arba'in Ali said...

hehhehehehe nanti lahhh tengah bahagia dengan isteri niii

Anonymous said...

:))

Anonymous said...

What a wonderful poem