Saturday, 23 March 2013
Aisya Mahu Keluar Dengan Saya?
Aisya seorang balu yang kematian suami, juga seorang ibu tunggal yang membesarkan anak lelakinya yang berumur 9 tahun, Khairul. Mengerah tenaga sebagai kerani di sebuah syarikat swasta bertaraf sederhana pada siangnya. Lewat pukul lima petang, dia bergegas ke sebuah restoran di pinggir bandar sebagai pelayan. Dua mulut yang harus ditanggungi Aisya, Khairul dan ibunya di rumah memerangkapkan dia dengan rutin harian yang hektik ini. Namun tak pernah dikeluhi Aisya walau senafas, demi melihat isi rumah selalu terlengkap.
Yang selalu melihat perih Aisya dari kejauhan, menyimpan tiap kasihan, adalah Azri, penyelia syarikat tempat Aisya bekerja sebagai kerani. Saban hari, mata itu memerhati. Hakikatnya, Azri sudah lama "melihat" Aisya. Malah sebelum Aisya bersuami. Azri tidak pernah putus membaikkan hatinya pada Aisya dengan tiap keperhatinan. Azri bukan berpeluk tubuh saja untuk mendekati Aisya. Berkali pelawaan Azri untuk keluar bersama ditolak mentah. Dicuba lagi dan lagi tanpa asanya terputus. Tidak dihiraukan maruahnya sebagai lelaki dicalit-calit. Sampai suatu hari Aisya mewar-warkan dia telah disunting seorang lelaki sebagai isteri, Azri redha bahawa perjuangannya untuk mendapatkan Aisya telah mati. Dilalui hari-hari mendatang dengan gelap, kerana wanita itu amat istimewa di hatinya, walau dinafi saban tahun. Maupun selepas Aisya dinikahi, penafian itu tidak pernah terhenti. Masih diingati berita kematian suami Aisya hinggap ke telinganya, Azri amat simpati. Tetapi Illahi sahaja tahu isi sukmanya bahawa berita itu telah meniup kembali roh pada jasad harapan Azri untuk mendekati Aisya semula.
Aisya bukanlah wanita angkuh yang tidak menghargai perasaan Azri kepada dirinya. Malah dia sebenarnya amat mengerti. Tetapi kepergian suaminya masih berbekas di hati. Kemalangan yang berlaku itu begitu menyentap setiap ruas sendi hidupnya sekerdip mata. Maka luka yang pedih itu tak bisa hilang begitu sahaja dengan hadirnya seorang lelaki lain untuk membalutinya. Pelawaan demi pelawaan. Kias demi kias. Kedekatan demi kedekatan menyeling Aisya dari tatap mata Azri ditanggunginya tiap hari. Tetapi dia terpaksa juga berpaling dari segalanya. Walau jejaka sebaik manapun Azri, masih, pintu hatinya yang sudah termangga dulu belum dijumpai kuncinya.
Syarikat itu agak sibuk minggu ini, sehingga kebanyakan pekerja bekerja lebih masa. Dari awal fajar, membawa kepada terbenamnya matahari. Aisya juga terpaksa tidak ke restoran hari ini kerana lambakan kerja yang bertimbunan. Di dalam kamar Azri memerhati Aisya dari celah selakan langsir tingkap. Dia punya misi. Malam ini, Azri sudah membulatkan tekadnya. Dia berkata pada diri, mungkin dia perlu tahu bila untuk berhenti. Dia bakal mengajak Aisya makan malam buat kali terakhir. Jika Aisya masih berdalih, dia tidak akan menoleh kembali. Dia ingin "membunuh" Aisya dari hatinya. Dia bersedia.
Pekerja beransur-ansur pulang seraya jam menunjukkan pukul 9 malam. Seorang demi seorang pekerja melepasi meja Aisya dan mengucapkan perkataan-perkataan manis sebelum pulang. Aisya juga membalasnya dengan senyuman dan ayat tipikal ringkas. Mengemas-ngemas mejanya yang berselerakan. Azri melangkah perlahan ke arahnya. Aisya menjeling dengan anak mata. Azri berdiri di hadapan Aisya sambil tangannya ditopangkan di atas meja. Aisya dengan senyuman serba salah mendongak melihat wajah Azri yang tenang itu.
"Saya mahu ke restoran Steak House depan sana.. Khabarnya mereka ada diskaun untuk bulan ini sempena ulangtahun restoran mereka yang kesepuluh.. Aisya mahu ikut sekali?", ayat yang telah dikarang selama dua jam di dalam biliknya itu diluahkan selancar boleh oleh Azri.
"Oh yakah.. Hmm.. saya rasa saya tak dapat lah Azri.. saya kena pulang awal, Khairul telefon saya tadi.. Dia kata dia mahu saya tengokkan homework matematik dia.. Lain kali sahaja lah ya..?", satu lagi dalihan. Aisya susulinya dengan senyuman yang diangkatkan keningnya sebagai tanda keterpaksaan menolak.
"Oh.. Ok. Saya faham.", Azri tersenyum hampa dengan sedikit ketapan bibir. Lalu berpaling ke belakang dan berjalan keluar dari pejabat.
Tiba-tiba Aisya terpanah dengan kekeduan. Dia rasa bersalah tidak semena-mena. Dalam tunduk dia termenung sejenak. Sepintas lalu setiap pelawaan Azri kepadanya saban hari saban kali terlintas dihadapan matanya. Sedetik juga setiap penolakannya pada Azri terpapar dalam mindanya. Dia tersedar betapa selama hari ini lelaki itu telah dikecewakan hari demi hari, tahun demi tahun, tetapi tidak pernah berhenti berharap padanya. Ibarat reflek kinetik yang menujah, Aisya bingkas bangun dan sedikit memekik, "Azri, tunggu!". Azri serta-merta menoleh kebelakang kembali.
Dengan perlahan Aisya berkata, "Mungkin..Khairul boleh selesaikan masalah metamatik tu sendiri dulu.. Saya rasa masih ada masa. Mari, kita makan sama.."
Wajah Azri tidak sedikit pun berkocak dengan kegembiraan. Wajah yang serba tawar seperti hatinya itu membalas, "Tak apa. Saya faham. Awak boleh pulang Aisya. Selamat tinggal."
Azri berlalu pergi dengan sekeping hati yang kosong, tidak tersisa sekelumit pun perasaannya pada wanita bernama Aisya itu lagi. Detak-detuk tapak kasut Azri menuruni tangga semakin menghilang meninggalkan Aisya yang masih terpaku berdiri.
Dalam semi sedar, airmata dari iris Aisya yang digenang berguguran perlahan, dan esakan tangis Aisya memenuhi ruang pejabat yang malap sepi itu.
Thursday, 21 March 2013
Wanita
Kecantikan wanita,
Hanya pada mata,
Tak pernah bermakna.
~ Oktober, 2012. (di sebuah Shopping Mall)
Hanya pada mata,
Tak pernah bermakna.
~ Oktober, 2012. (di sebuah Shopping Mall)
Wednesday, 20 March 2013
Sembilan Harakat
Dalam solat dua raka'at,
terkandung seribu satu maksud tersirat,
awas syaitan pasang jerat,
walad thollin yang cukup nikmat,
dari enam ke sembilan harakat.
terkandung seribu satu maksud tersirat,
awas syaitan pasang jerat,
walad thollin yang cukup nikmat,
dari enam ke sembilan harakat.
Saturday, 16 March 2013
How About The Truth?
I had the experience of sharing thoughts with atheists, agnostics, scientologies and all kinds of people like that.
Well you know they are not a God (or Gods) believer, or a believer of any God that we known today.
Interesting.
Be that as it may,
Actually, they all are kind hearted people.
Full with beautiful attentions.
About spreading love, peace, equality and all kinds of that stuff.
Or I could say,
some of them are way better than us believers in certain aspects of morality.
But one question that they don't really have a rigid explanation,
it is about when I ask,
"How about the truth?"
Yes. The truth.
And that's when their voices get stuck in their throat,
waiting for their brain cells connecting with each other,
to spill out the words for their answer,
to such an abstract, yet the ultimate question.
And while waiting I repeat,
"How about the truth?"
Well you know they are not a God (or Gods) believer, or a believer of any God that we known today.
Interesting.
Be that as it may,
Actually, they all are kind hearted people.
Full with beautiful attentions.
About spreading love, peace, equality and all kinds of that stuff.
Or I could say,
some of them are way better than us believers in certain aspects of morality.
But one question that they don't really have a rigid explanation,
it is about when I ask,
"How about the truth?"
Yes. The truth.
And that's when their voices get stuck in their throat,
waiting for their brain cells connecting with each other,
to spill out the words for their answer,
to such an abstract, yet the ultimate question.
And while waiting I repeat,
"How about the truth?"
Thursday, 14 March 2013
Quran
"Tempatkan Al-Quran ini di tempat paling tinggi sebagai tanda menghormati darjatnya.."
"Letaklah kalam Allah ini atas almari paling tinggi, takut-takut jika ada yang terlangkahkan.."
"Susunlah kitab suci ini di barisan paling tinggi dalam rak bukumu sebagai tanda makamnya.."
Ya, sungguh kami menuruti tiap lafaz nasihahmu itu, Murobbiku.
Sampai kadang kami tertempatkan, terletakkan, tersusunkan Al-Quran kami di tempat paling tinggi,
sehingga tiada satu tangan pun di dalam rumah kami yang mampu menggapainya.
Lantas lenggok tarannum tiap aksaranya yang berhak berlagu merdu,
Terkubur sepi dalam percikan kosmik-kosmik ayat syurgawi yang membisu.
"Letaklah kalam Allah ini atas almari paling tinggi, takut-takut jika ada yang terlangkahkan.."
"Susunlah kitab suci ini di barisan paling tinggi dalam rak bukumu sebagai tanda makamnya.."
Ya, sungguh kami menuruti tiap lafaz nasihahmu itu, Murobbiku.
Sampai kadang kami tertempatkan, terletakkan, tersusunkan Al-Quran kami di tempat paling tinggi,
sehingga tiada satu tangan pun di dalam rumah kami yang mampu menggapainya.
Lantas lenggok tarannum tiap aksaranya yang berhak berlagu merdu,
Terkubur sepi dalam percikan kosmik-kosmik ayat syurgawi yang membisu.
Sunday, 10 March 2013
Tanggang Kami
Dalam arus ruang dan masa,
Pulanglah tanggang bertemu sahabatnya.
Tiada ayah mau didakap,
Tiada ciuman tangan pada si ibu,
Jadikanlah kami penyambutmu.
Kita bakal dikaliankan,
Disebut-sebut dan disejarahkan,
Dalam lipatan memori sendiri,
Ke utara dari selatan kaki ini berjalan,
Bersama menjunub cahaya bulan.
Pulanglah sahabatku,
Isi lohong hati kami dengan cerita tanggangmu,
Izinkan kami kagumi kederhakaanmu pada cobaan dunia,
Ajari kami jahiti tiap rabak pada kain layarmu itu.
Pulanglah tanggang bertemu sahabatnya.
Tiada ayah mau didakap,
Tiada ciuman tangan pada si ibu,
Jadikanlah kami penyambutmu.
Kita bakal dikaliankan,
Disebut-sebut dan disejarahkan,
Dalam lipatan memori sendiri,
Ke utara dari selatan kaki ini berjalan,
Bersama menjunub cahaya bulan.
Pulanglah sahabatku,
Isi lohong hati kami dengan cerita tanggangmu,
Izinkan kami kagumi kederhakaanmu pada cobaan dunia,
Ajari kami jahiti tiap rabak pada kain layarmu itu.
Ini Aku
Renung mataku,
Sentuh bibirku,
Dengar suaraku,
Lihat anatomiku,
semuanya bersatu,
dalam sebuah abstraksi yang tak bisa kau inderakan,
cuma dirasa bermedium bahasa.
Ini aku.
Subscribe to:
Posts (Atom)